13.2.11

:: Hari minggu bukan Hari raya ::

Posted by Mâ Fira at 4:32 PM 2 comments
Konsep di hari minggu adalah tidur...Aktiviti anak-anak bulus ku..Tapi sebelum tido..


Moci ni pantang nampak aku lipat kain untung sape nak buat aku jadi menantu dia mesti nak menyebok.Keje yg boleh siap tak sampai stengah jam, boleh jadi sejam.

 Muka tak bersalah kan kan...

" Woit samseng..aku panggil ko ni..asal ko wat dek jer "

"Ko nak pe haa omot...anak ko ni asyik skodeng aku je.."

"Boleh pandang-pandang...Jangan pegang-pegang..Nanti oneng lempang "

Haha..oneng ni muka je ayu..tapi anti sosial. Semua dia nak lepuk. Tapi kadang-kadang bila datang hipokrit tu nak membodek aku la kononnye..dia boleh je gesel kat omot. Tapi bila aku pandang je tempat lain. Omot dah mencicit lari..Sebab kena lepuk dgn oneng.

Petang-petang macam ni memang anak-anak bulus suka tido. Korang pun sama kan kan...tambah-tambah MA tu..hehe..Time ni moci dia nak menyusu. Slow-slow je dia pergi kat omot.


Makin lama makin dekat. Tangan sopan je letak atas kaki omot. Lepas tu...................

Nyot...Nyot...Nyot...Nyot...cedap nye minom shushuuuu...Nyot...Nyot...Nyot...


Oneng pun dah tido. Aku pun rasa macam nak tido gak ni. Ngantok..huhuhu. Aku nak buat sushi, mama aku suruh buat bubur jagung dan papa aku pulak suruh aku buat bubur durian. Err...kalau aku gabung dalam satu periuk okay tak?

Baru beli cat litter untuk si moci jenama ni. Saja nak try. Sebelum ni beli cap Tesco je. Moci ni je yg aku boleh asuh guna pasir dalam tray untuk poo and pee. Yg dua lagi tu, dah tak leh nak asuh. Sebab memang asal kucen terbiar. 


p/s " Hantu tak wujud..Jangan wujudkan dalam dirimu..." Nasihat dari seseorang buat aku bila aku kata aku dihantui kenangan silam...Thanx :)

8.2.11

♥ Cinta Adam dan Hawa... ♥

Posted by Mâ Fira at 12:11 AM 2 comments
Assalamualaikum...Alamak tajuk jiwang? cer citer cer citer 

|Hati ini pernah melukai.. Hati ini pernah dilukai..|
Sepanjang aku hidup...aku selalu sangat dengar ayat-ayat... 

"Memang dasar lelaki!" 
"Lelaki buaya darat!"
"Lelaki penipu!"

Tapi ikut pengalaman aku sendiri dan dari pengalaman kawan-kawan, serta kenalan rapat. Aku boleh katakan lelaki atau wanita kedua-duanya sama je. Setahu aku, di saat Adam dicipta, di saat Allah memerintah Iblis tunduk kepada Adam, di saat Iblis laknatullah ingkar, Iblis berjanji dan bersumpah pada Allah yg Esa..dia akan sedaya upaya menghasut anak Adam untuk menemani iblis di neraka Jahannam. 

Okey...dari ayat ni takde pulak kan Iblis cakap nak hasut lelaki je, dan takde pulak die cakap nak hasut wanita je. Bukan ke anak Adam tu terdiri daripada lelaki dan wanita? Haa...kan dah diskriminasi tu kalau tuduh satu pihak jer..hehe 

Tapi dari apa yg aku tau..lelaki kalau dah sayang..dia akan betul-betul sayang, setia walaupun si wanita dah tinggalkan dia untuk cari kebahagiaan dengan lelaki lain. Si dia yang dah di reject buang dari hati akan sedaya upaya cari jalan untuk jaga wanita tu walaupun dari jauh atau tanpa wanita tu sedari. Yang aku nampak kadang-kadang wanita boleh jadi kejam. Hapdet status FB cinta itu ini tanpa hiraukan perasaan si dia yang sedang menangis di dalam hati. Padahal bukannya tak tau orang tu boleh nampak (macam pelik jer sebab aku wanita tapi kutuk wanita..alaa..nanti aku kutuk laki plak hokey..ngeh ngeh ) :) 

Untuk mereka-mereka yang sedang bersedih...
Kita selalu rasa apa yang kita nak itu lah yang terbaik buat kita..
Tapi kita bukan Tuhan..
Kita takkan tau apa yg terbaik buat kita melainkan Allah..
Bila Allah tak beri apa yg kita mahukan...
Jangan mengeluh...
Kerana Allah nak beri yg lebih baik untuk kita...
Bersangka baiklah dengan Pencipta kita
Bila Allah timpa kan musibah buat kita...
Hentikan lah menunding salah pada sesiapa..
Mungkin ia sebenarnya salah kita sendiri..
Mungkin kita tak nampak..
Tapi Allah sentiasa memerhati...
Walau ianya cuma terdetik dihati..
Allah mendengar...
Walau ada cuma sebesar zarah sifat mazmumah di hati...
Allah sentiasa mendengar
Tapi Allah tetap sayang kita...
Sebab tu dihadirkanNya ujian..
Supaya kita muhasabah diri...
Mendekatkan diri kepada Dia kembali...
Sabarlah duhai hati...
Pasti ada teman yang terbaik buat kamu nanti..
InsyaAllah....
♥ Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu.. Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu.. Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan.. ♥
 
"Jangan lupa ya manusia semua..Allah kan ada "

p/s Hati ini mula berdetak lagu rindu..hehe

5.2.11

:: Kucing dan sejadah ::

Posted by Mâ Fira at 2:21 PM 0 comments
Assalamualaikum....ehemmmmmmm

Tengok tajuk pun dah boleh tau kan apa yg aku nak sembang kan ni...
Satu benda yang aku pelik dari dulu sampai la sekarang ni...anak-anak bulus memang suka sgt tido atas sejadah walaupun ada tempat yg lg empuk macam katil contohnye..hehehe.
Korang ingat aku buat cerita ek...meh tengok gambar ni meh....
Okey ni gaya sopan...elok jer duduk atas sejadah tu kan...by the way sejadah ni memang untuk anak-anak bulus. Bukan ape..so nanti takde la kacau aku tunaikan kewajipan. Memang dah prepare dua sejadah. Huhuhu..Next bukti
"Saya sangat cute posing begini hokeyy"

Dua ketul anak beranak ni memang takleh berenggang. Tido pun nak dekat-dekat.Atas sejadah jugak.Sekarang ni bilik aku dah di konker anak branak ni :)
Tengok la dua ketul ni tido. Sayu jer. Sebab tu tak sampai hati nak kacau diorang diekor tido.Terpaksa la sediakan 'Sejadah Buat Kucing ' .....hehehehe




p/s Merindui MA ngeeeeee ;)
 

Ragam & Garam Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise