18.4.11

:: Permata yg dicari selama ini.. ::

Posted by Mâ Fira at 1:08 AM 9 comments
Assalamualaikum....


Hari ni dan semalam seseorang mengingatkan aku tentang cinta kepada Illahi. :)
Berpada-padalah dalam menyayangi dirinya, kerana sayang sepenuhnya hanyalah milik Illahi (lebih kurang macam ni la ayat dia kot).

Peliharalah hubungan kami ke jalan yg Engkau redhai..
Teguhkan lah iman kami
Tetapkan lah iman kami
Murahkan lah rezeki kami..
Agar hubungan ini dapat di halal kan..
Agar setiap perilaku kami tidak menjurus kepada zina..
Agar perbuatan kami mendapat pahala...
Sebagaimana Engkau beri pada mereka yang bergelar suami isteri...
Kami tidak mencari redha manusia..
Tapi kami mencari redha Mu Ya Rabbul Izzati...

Andai kami terleka dibuai nikmat dunia...
Sedarkan lah kami dengan ujian-ujian dari Mu...
Kerana sesungguhnya Engkau lebih ketahui...
Apa yg terbaik buat kami...
Amin.. :)

Thanx kerana mengingatkan sy kembali tentang bercinta kerana Dia :)
Permata yg dicari..kini ku temui

p/s Entri tentang tuan blog plak la yer kali ni..hehe

:: Yeaa..yeaa dapat baby ::

Posted by Mâ Fira at 12:30 AM 0 comments
Assalamualaikum...

Lama sangat rasanya tak menulis. Hari tu Encik MA ada bagi cadangan supaya update blog pasal kucing-kucingku yg dah beranak pinak. Huhuhu 8 ekor kesemuanya. Sepatutnya ada 9, tapi sekor dah mati. Ketentuan dari Dia.
Si omot beranak 4 ekor je..Huhu...Hari aku balik dari keje tengok-tengok perut dia dah kempis. Beranak kat mana tak tau. Bila selongkar dalam bilik. Jumpa la 4 ketul ni. Cinonet betul. Terpaksa la aku basuh tilam petang esoknye. T_T. Anak si omot ni aku tengok gebu-gebu betul.Pandai dia jaga.

Ni pulak si Oneng. Balik keje aku tengok dia dah resah semacam. Rupa-rupanya nak beranak. Aku amik cage then kurung dia dalam tu. Takut beranak atas tilam lagi. Tak larat nak cuci. First time tengok kucing beranak. Ngeri betul. Hehe..Anak oneng ada 5 ekor, tapi sekor dah mati.

Gemok kan anak si omot. Haiyooo...keje menyusu jer..gaya bapuk pon ada nih.

Permudahkan lah urusan ku dalam menjaga dan memelihara makhlukMu ini Ya Allah. :)

p/s by hook or by crook aku akan sunatkan diekor ni lepas je anak-anak diekor putus susu...fiuuuuuuuuu
 

Ragam & Garam Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise