1.10.11

.:: Kembali ::.

Posted by Mâ Fira at 11:37 PM
Reactions: 
Assalamualaikum..

Lama rasanya tak berblog...Tak de mood nak menulis..ari ni nak cerita tentang anak2 bulus yg dah semakin besar dan nakal.
Hari tu hangat dengan kes pekngok (Petknode) yg kejam. Taknak jugak upload gambar2 kucing2 yg terseksa dalam tu. Dah tak sanggup nak bersedih. Harap2 kerajaan cepat2 lah gubal akta yg lebih berat ke atas penjenayah2 haiwan ni. 

Tak dapat bayangkan kalau anak2 bulus aku sendiri yg kena macam tu. Anyway congrats utk rakan2 FB yg banyak membantu dalam hal pekngok ni tahniah utk bazilah (bella),
dan kak shah. Sampai berjaya buat press conference dan membuka mata pihak berkuasa. 

Kepada org2 kat luar sana yg selalu pukul or sepak2 kucing kat kedai makan tu. Ingatlah..mereka pun makhluk Allah jugak.Allah beri keistimewaan jugak utk mereka berdoa jika diperlakukan dengan kejam. Tak salah kalau beri makan apa yg ada dalam pinggan tu. 

Kucing cantek ramai yg sayang. Kucing comot ramai yg sepak melayang.


Si lubang idung berseri. Comel kan.Tidur pon ternganga. Si moci yg dah jadi abang. :D


  Keletah mereka sentiasa melucukan setiap hari. Ada2 jer perangai. Tengok lah si moci..badan dah tak muat. Janji kepala masuk pun okay la.

Si yayad yg sangat pandai membodek. Mak aku yg tak suka kucing pun cair dengan dia ni. Selalu teman mak aku masak kt dapur. Kadang2 dengar mak aku pot pet sorang2 kat dapur. Rupanya dok bising kt si yayad ni. Hahaha!

Awek maintain cooooooool. Pendiam dan tak banyak bunyi. Nampak jer ayu. Tapi si kaki buli. Oneng oneng....

Si omot yg paling menawan. Tak pernah lagi tengok dia tidur gaya tak senonoh. Sentiasa sopan je. Muka garang tapi tak garang langsung. 


Didik lah anak2 dari kecil lagi sayangkan haiwan. InsyaAllah dah besar nanti nilai2 baik akan dibawa sesama manusia. Anak buah aku sorang pun tak pernah kasar dengan anak bulus kat umah ni. Hehe..pandai diorang...sayangggg anak2 buah mak su ni.


p/s kalau nak pakej umrah atau haji yg murah boleh la tengok iklan ni dan kontek nombor tertera :)

0 comments:

 

Ragam & Garam Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise