25.5.11

:: Kemuliaan Anjing dan Kesombongan Manusia ::

Posted by Mâ Fira at 2:55 PM
Assalamualaikum....

Apa salah sy? isk..iskk
Jaysharavanan Jayaraman :: saya sokong 100%. ceritakan pengalaman saya. jiran saya. klu ada je anjing lalu depan umah die. mst nak baling batu. ada satu hari tu. die sanggup turunkan pasu bunga die semata mata nak ambik batu kat bawah pasu bunga tu utk baling anjing tu....

Kucing Terbiar & Anjing Jalanan :: betol ashikin, cuma org kita dah salah konsep haram tu... ada satu kes, worker bf i pukul anjing. Bila di tanya kenapa pukul? mereka jawab, "dasar anjing, kena pukul, bos.." My bf reply them.."kamu pun pendatang, boleh saya pukul kamu atas dasar kamu pendatang asing?" terus mereka mintak maaf..

 Di ambil dari facebook page Kucing Terbiar Anjing Jalanan 


Sy pun makhluk Allah juga seperti kamu...
 
Ini adalah dua komen dari beribu-ribu komen atau cerita tentang perihal org MELAYU yg konon bagus. Atau org MELAYU yg sedang berpantang 24jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun. PANTANG nampak anjing kena baling batu atau pukul. Tak malu ke dengan bangsa lain? Dengan agama lain? Islam itu mudah...kenapa nak dibelit-belitkan? Siapa yg cipta anjing? Bukan Tuhan kamu dan aku juga ke? Bukan Allah ke? Kenapa perlu kejam dengan makhluk yg Allah cipta? Bumi ni untuk manusia saje ke?

Jangan berlagak. Jangan bongkak. Haiwan adalah makhluk Allah yg sentiasa berzikir kepada yg Maha Esa. Mulia ke kita berbanding anjing? Haiwan yg teraniaya pasti akan menuntut keadilan di padang Mahsyar nanti. Jawab lah dengan Allah dengan ayat-ayat yg selalu kamu pakai bila nampak org Islam beri makan pada anjing 

"Anjing kan haram di sentuh..Ko bagi dia makan nape? Nape ko nak bela dia "

Berani ke nak jawab macam tu? Hayati lah kisah ini wahai org-org MELAYU yg sempit pemikiran.
Seorang Ulama dalam perjalanan ke Masjid. Alim ini melalui sebatang jalan berair. Tiba-tiba seekor Anjing muncul disebelahnya..Spontan Alim ini mengangkat jubahnya kerana jijik dan risau akan tersentuh Si Anjing.Dengan kuasa Allah Anjing berkata2, " Wahai manusia, Najis dibadan ku boleh disucikan seandainya menyentuh jubahmu. Akan tetapi mampukah engkau menyucikan hati mu yang sombong kerana memandang hina Anjing sepertiku". Kerana terkejut dan sedar akan kesilapannya si Alim menangis teresak2 lalu segera bertaubat.
Kepada kerajaan yg 'terbaik'. Tanggung lah dosa kamu semua yg telah berlaku kejam dgn makhluk yg Maha Esa. Tak kena pada anda...akan terkena pada family anda. Hukum Allah wujud. Tunggu lah! kamu memang kejam Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang!

2 comments:

Ucop on May 25, 2011 at 9:20 PM said...

jangan samakan islam dengan melayu...
islam itu sempurna...melayucuma menumpang islam pada nama...

pengalaman aku pula...
nak cerita ni...
mula dulu aku memang anti dengan anjing...tipikal malay...
but then bila member aku pindah rumah...sebelah rumah die cine bela rottwailer...anjing polis tu...
couple...mickey & miney...kiut kan nama...

sebenarnya anjing ni suka dibelai...
mula dulu aku seram gak datang rumah member aku ni...asal sampai je menyalak...asal menyalak je sampai...
lepas 3-4 kali aku borak dengan owner die...die bawak anjing nye keluar...mula rase was was...pastu aku fikir apalah sangat bukan tak boleh basuh kan...
so aku pun buat lah macam owner die buat...usap kepala...main dagu...
sampai sekarang...kalau aku sampai rumah member aku tu...rase macam tak best kalau tak dapat main anjing...hahaha...

panjangnye komen...keh keh keh
ini cerita sebenar...

Mâ Fira on May 25, 2011 at 11:01 PM said...

wahhhhhhhhh...bestnye! nk main gak ngn anjing tu...beli sabun taharah senang nk samak...

sedih tengok cara gov nk bunuh anjing2 ni...xberperikemanusiaan langsung...klau yer pon nk bunuh..perlu ke wat cara kejam mcm tu? eiiiiiii....

 

Ragam & Garam Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise